Maka sesungguhnya hidayahMu telah datang kepadaku..  

Posted by PMS France 2008 in

Sepucuk warkah saya terima pagi ini, bukan untuk saya tapi untuk tatapan semua. Ukhti ini ingin berkongsi pengalamannya, dan identitinya biarlah rahsia...


******************************************************************************


Assalamualaikum.

Perhimpunan musim sejuk kembali lagi. Untuk kali keduanya. Buat aku kembali mengenang memori lalu hingga menggerakkan hatiku menulis tentangnya. Buat tatapan akhawat semua. Aku rasa perlu untuk kongsikan perasaan dan pengalaman aku ini.

Akhawat²,

Aku ini bukanlah berlatarbelakangkan keluarga yang wara’. Yang menjadikan Islam dalam setiap inci pergerakan. Ala kadar kata orang. Tahun itu, tahun 2007, waktu aku berada di semester tiga, waktu emosi aku yang bercelaru dek kerana hal peribadi. Hidup ini, aku rasakan umpama tidak mahu memberi aku ruang untuk mengecap rasa gembira. tiba-tiba aku mendapat jemputan untuk ke ‘winter retreat’ yang tak pernah aku dengar seumur hidup aku. Aku mencebik. Dalam hati sudah pasang niat untuk menolak. Bukanlah aku benci, ‘cuma tak gemar’ aktiviti² seumpama ini.

Tapi aku kagum. Melihatkan seorang sister yang tak jemu² mengajak aku. Aku terfikir, alangkah tabahnya dia mengajakku, apa dia tak mengerti definisi ‘penolakan’ kah? walhal, sudah bermacam-macam alasan aku berikan. ‘Errr, tak pasti lagi/dah ada plan, tapi masih merancang/tak ada duit. Jujur aku katakan, waktu itu aku kecewa dengan sesuatu. Semangat aku untuk belajar setinggi Eiffel tower melebihkan apa² yang ada di dunia. Cuti musim sejuk sudah aku rancang untuk aku abdikan sebagai waktu belajar. Aku benar-benar tidak mahu ada benda lain yang mengacau rancangan aku. Akhirnya, alasan tiada duit, aku pegang hingga akhir. Sememangnya, duit aku dalam bank, tidak sebanyak mana. Diam-diam, aku usya juga kos pergi balik keretapi SNCF dan yuran yang harus dibayar. Kalau aku guna sebanyak itu, aku khuatir kehabisan duit. Bukanlah kehabisan duit, maknanya ZERO. Tapi, tak bolehlah aku nak berfoya-foya membeli baju ke, kasut ke, dll. Cukup² makan aje yang tinggal. Padahal, aku tinggal berdua dgn rakanku. Kalau benar aku papa kedana sekali pun, aku sudah ada dia untuk menumpang mengisi perut. Kalau BENAR² papa kedana lah!

Tapi, hati aku tersentuh. Benar-benar terusik. Tergugat pendirianku. Hanya kerana sepotong ayatnya. Sepotong ayat! Sepotong ayat yang bagiku memerlukan satu kesediaan yang besar, yang melambangkan satu kesudian yang besar, yang menandakan satu keikhlasan dan kecintaan yang tak pernah aku jumpa di mana-mana. Mungkin, faktor kekecewaan aku waktu itu (yang aku sebutkan diatas) yang menjadikan aku terlebih rasa kerana sepotong ayatnya itu. Dan kerana sepotong ayat itu, terus-menerus saja aku katakan ‘ya’ di gagang telefon.

Tak perlulah aku ceritakan dan hebahkan, kata-katanya itu. Aku pasti, saat membaca, pasti ada di kalangan akhawat yang boleh meneka siapa aku, maka tahulah akhawat apa yang dikatakan ‘seorang sister’ itu. Kerana setiap kali bertemu, kepada sister itu, ucapan terima kasih jadi satu kewajipan.

Bagi yang tidak tahu, sungguh itu tidak penting. Aku di sini bukan untuk mengaut simpati atau mereka cerita untuk lebih ramai penyertaan. Bukan dan tidak sama sekali! Aku di sini, menulis tentang cerita hidup. Kerana itu memang aku. Aku mahu akhawat² tahu, bahawa Allah itu tidak lokek. Bahawa Dia memberi peluang tak kira pada siapa pun. Ilmu agamaku cetek, menjadikan aku berfikiran pendek lantas menyebabkan aku tewas dalam hidup. Dan menjadikan aku menganggap hidup tidak mahu aku gembira. Padahal, Dia telah memberi aku satu peluang lagi untuk aku benar-benar mengenal erti hidup aku, bukan menyalahkan takdir hidup. Dia beri aku jalan, walaupun selama ini aku liat untuk tunaikan hak-Nya.

Entah apa aku membebel.

Tapi, aku sudah tersenyum. Hari ini.

Apa kaitan cerita dengan PMS tahun ini? Tak ada apa-apa. Cuma PMS tahun lepas adalah titik pusingku. Boleh jadi PMS tahun ini titik pusing kamu?

p/s : tahun lepas, saya dpt kawan dari Czech, Ireland & UK. Tahun ni, dgr² ada dari German ya? Hehehe. Tak sabarrrr.

7 :32 pagi , November 13, 2008.

This entry was posted on jeudi 13 novembre 2008 at jeudi, novembre 13, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 comments

Anonyme  

salam..

subhanallah3, tersentuhnya baca luahan hati ni..
Alhamdulillah utk ukhti tersayang. inilah yang dikatakan..

"Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihu fid diin.."

maksudnya : Barangsiapa yang Allah kehendaki baik, maka Allah akan berikannya pemahaman dalam agama.

Semoga kita sama2 tergolong dalam golongan ini insyaAllah..


-Jundullah-

14/11/2008 15:31
Anonyme  

subahanallah.. begitu cantik peraturan Allah tu..
semoga ianya tak disia2kan. du'a, du'a dan du'a selalu.. =)

14/11/2008 17:35
Anonyme  

macam tau je sape yg tulis ni..hehe

15/11/2008 00:29

Enregistrer un commentaire