Apa kata survey?  

Posted by PMS France 2008 in

Assalamualaikum wbt,

Untuk pengetahuan semua, PMS '07 ataupun Winter Retreat 2007 yang diadakan di Chichilliane, Grenoble merupakan suatu program bersifat kerohanian yang julung-julung kalinya di France. Bertujuan mengumpul dan mengeratkan silaturrahim di antara sisters France sekaligus memperbaiki diri dengan pelbagai slot pengisian, nasyid, riadhah, game dan sebagainya. Penyertaan bagaimanapun tidak sahaja terhad untuk sisters di France, malah kedatangan sisters dari seluruh pelosok dunia adalah dialu-alukan.

Tema bagi PMS '07 yang lalu adalah Control Shift and Enter (CSE). Control Your Whimps as in " Say NO to al-Hawa", Shift Your Paradigm as in "Islam is MY way of life" and Enter A New Beginning as in "Let us be a TRUE muslim now"

Mari kita dengar apa kata sisters yang pernah mengikuti program ini, as merekalah orang yang paling layak men'judge' PMS yang telah lepas;

1) Adakah PMS first program seumpamanya yg di join?

Anis: Ya.

Farah : Yup, PMS 07 was my first program. Lepas tu barulah kenal usrah...:)

Aishah : Yes.

Sha: Ha'ah.

Ama: Yup, alhamdulillah after that dapat join sume program lain

2) Macam mana boleh ter"join" PMS nih?

Anis: Ajakan dari kakak2 yg x putus asa. (ajak smpai saat t'akhir..huhu)

Farah : Kalau tak silap, ada sorg kakak yang bgtau. Lepas tu my dear friend and I decide nak pergi sebab nak jumpa student2 perempuan lain kat France. Ramai rupanya!!!

Aishah: Ama yg ajak sbb dia ada dpt email from Ana pasal PMS.

Sha : Ada kakak bagitau member. Pastu member tu ajak pegi. Niat memula pun sbb nak kenal org je. Hehe.. (maklumlah baru sampai france masa tu)

Ama: Erm..ada sisters ajak, mula2 berat jugak, tp dah diajak one by one takkan nak tolak pulak kan..hehe..tapi alhamdulillah PMS sgt best. Thanx sis!

3) Apa expectation dan sangkaan sebelum pegi PMS 07 nih?

Anis: Program agama. Pastu, msti ssh nk masuk ngan semua org sbb x knal langsung. (tue yg mls nk pegi nie). msti program dier pack n t'kejar2 masa. (x suka cmtue, cm skola plak)

Farah: Dapat jumpa ramaiiii kawan perempuan...

Aishah: Bila dpt tentatif, baru tau dat PMS cm prog agama. tapi truly, before pegi, mmg xde expectation pape.

Sha: Takut..sbb tau program agama. hehe.. Tapi taknak takutkan diri, so niat nak dapat ilmu je. Tak takut gak sebab pegi ramai masa tu ngan member2.

Ama: Sebagai santapan rohani sahaja.

4) Apa yang menarik dan best?

Anis: Bila dah pegi, baru tau, hampir 80% expectation sy salah. saya rasa semua menarik. dari A smpai Z. Especially, dpt rmai sgt kwn2 baru yg baik2, bkn shj dr france malah dari ireland, UK n Tcheque.

Farah: Kehidupan yang tak sampai seminggu bersama sisters and Islam.

Aishah: Of course ISK dan aktiviti2 lain. di samping gite yg best (snow, pemandangan etc).

Sha: Byk belajar benda baru terutamanya tentang sejarah Islam or ISK. Memang kat tempat lain tak boleh nak dapat cerita ini. So itu yang paling best. Satu lagi, ukhuwwah fillah abadan abada. Kalau bukan sebab PMS, tak tau la macam mana nak kenal sesama sisters kat France nih.

Ama: Makanan yang best..hehe..Akak2 yang sangat baik..Pengisian yang berkesan..alhamdulillah.

5) Apa yang "kureng"?

Anis : Apa yg kurg?? x ingt dah. tp, rasanyer, ssh nk cr kekurangan. huhu...

Farah : Aktiviti and all ok sgt2, cuma kadang2 time pengisian jadi ngantuk pulak..

Aishah: Rasenye xde ape yg kurang. Pengisian mmg sgt menarik. Food pun b'lebih2. hehe. Mmg tade pape yg kurang.

Sha: Part ni susah nak jawab la. Macam takde je. Tapi tak logik plak kan. Susah nak bangun pagi masa tu. Sebab aktiviti sampai malam kan. Sampai terkunci dua kali dalam bilik sebab roommate ingatkan sume dah turun..isk3x

Ama: Jadual sume ok..cuma qiam malam selepas aktiviti luar agak kurang sesuai..liat sket..

6) Apa yg dapat dari PMS 07?

Anis : Byk sgt sgt! rasa x rugi wlau sesaat pun ader kt program tue. Syukur Allah tnjuk jln kt saya utk pegi. P'kara yg x boleh sy lupa: ukhuwah sesama akhawat, kemudahan yg Allah berikan pada hmba-Nya jika m'cari ilmu agama yg di redhai(sbb kitorg dpt hotel free mlm sblum smpai Grenoble. kitorg spttnyer tdo kt gare mlm tue), sst ttng Islam yg ssh nk di dpti kt kelas2 agama yg lain n byk lagi kenangan manis yg sukar nk di gmbrkn dgn kata2. =)

Farah: "Ukhuwwah"

Aishah: Kesedaran tentang 'di mana Islam sekarang' and menambahkan amalan2 seharian (tnt, al-ma'thurat etc). Selain tu, blh kenal sisters dr serata France n Europe.

Sha: Banyak belajar benda baru terutamanya tentang sejarah Islam or ISK. Memang kat tempat lain tak boleh nak dpt cerita ni. So tu yang paling best. Satu lagi, ukhuwah fillah abadan abada. Kalau bukan sebab PMS, tak tau la macam mana nak kenal sesama sisters kat france nih.

Ama: Selain ukhuwah, baru nampak sejarah Islam dengan jelas dan sedar peranan masing-masing untuk naikkan balik Islam

7) Kalau boleh describe PMS 07 dalam 3 perkataan,apa agaknye?

Anis : Ukhuwah, islam, kejayaan.

Farah: Ukhuwah, ukhuwah dan ukhuwah!!

Aishah: Menyentuh dan membuka hati

Sha: PMS-Pertemuan Mengukuhkan Silaturrahim

Ama: Seronok! Mesra! Nak lagi! Oupss..terlebih perkataan la pulak..huhu..

This entry was posted on jeudi 13 novembre 2008 at jeudi, novembre 13, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Anonyme  

hehe

teringinnye nak diinterview juge.=)

14/11/2008 15:32

Enregistrer un commentaire