Assalamualaikum wbt..
apa khabar para pengunjung yang dikasihi? sunyi plak rasanya bila tiada post terbaru. insya-Allah, just wanna share some photos. mari kita selak kembali kenangan manis kita bersama di PMS France 2007.. ingat lagi x? ^^
Assalamualaikum wbt..
Insya-Allah nak update info pasal PMS kita ni.. ^^
Masa: 26-30 Disember 2008
Yuran: 50€ (makanan, tempat tinggal, bas pergi balik Toulouse-Herran) - ski dan yg seumpamanya adalah optional.
Bilangan peserta: 55 org max (cepat2, siapa cepat dia dapat~ ^^;)
Tarikh tutup: 30 November 2008
Kita akan bertolak bersama-sama dari Toulouse dengan menaiki bas insya-Allah. So semua orang boleh berkumpul di sana selewat²nya pukul 9 pagi pada 26/12/08. Stesen keretapi terdekat adalah Toulouse Matabiau, airport terdekat adalah Toulouse Blagnac.
Berikut adalah borang penyertaan, boleh hantar ke pmsfr2008@gmail.com.
Borang Penyertaan PMS France 2008
Mari², meriahkan pertemuan kita~
Team Promosi PMS
Sepucuk warkah saya terima pagi ini, bukan untuk saya tapi untuk tatapan semua. Ukhti ini ingin berkongsi pengalamannya, dan identitinya biarlah rahsia...
******************************************************************************
Assalamualaikum.
Perhimpunan musim sejuk kembali lagi. Untuk kali keduanya. Buat aku kembali mengenang memori lalu hingga menggerakkan hatiku menulis tentangnya. Buat tatapan akhawat semua. Aku rasa perlu untuk kongsikan perasaan dan pengalaman aku ini.
Akhawat²,
Aku ini bukanlah berlatarbelakangkan keluarga yang wara’. Yang menjadikan Islam dalam setiap inci pergerakan.
Tapi aku kagum. Melihatkan seorang sister yang tak jemu² mengajak aku. Aku terfikir, alangkah tabahnya dia mengajakku, apa dia tak mengerti definisi ‘penolakan’ kah? walhal, sudah bermacam-macam alasan aku berikan. ‘Errr, tak pasti lagi/dah ada plan, tapi masih merancang/tak ada duit. Jujur aku katakan, waktu itu aku kecewa dengan sesuatu. Semangat aku untuk belajar setinggi Eiffel tower melebihkan apa² yang ada di dunia. Cuti musim sejuk sudah aku rancang untuk aku abdikan sebagai waktu belajar. Aku benar-benar tidak mahu ada benda lain yang mengacau rancangan aku. Akhirnya, alasan tiada duit, aku pegang hingga akhir. Sememangnya, duit aku dalam bank, tidak sebanyak mana. Diam-diam, aku usya juga kos pergi balik keretapi SNCF dan yuran yang harus dibayar. Kalau aku guna sebanyak itu, aku khuatir kehabisan duit. Bukanlah kehabisan duit, maknanya ZERO. Tapi, tak bolehlah aku nak berfoya-foya membeli baju ke, kasut ke, dll. Cukup² makan aje yang tinggal. Padahal, aku tinggal berdua dgn rakanku. Kalau benar aku papa kedana sekali pun, aku sudah ada dia untuk menumpang mengisi perut. Kalau BENAR² papa kedana lah!
Tapi, hati aku tersentuh. Benar-benar terusik. Tergugat pendirianku. Hanya kerana sepotong ayatnya. Sepotong ayat! Sepotong ayat yang bagiku memerlukan satu kesediaan yang besar, yang melambangkan satu kesudian yang besar, yang menandakan satu keikhlasan dan kecintaan yang tak pernah aku jumpa di mana-mana. Mungkin, faktor kekecewaan aku waktu itu (yang aku sebutkan diatas) yang menjadikan aku terlebih rasa kerana sepotong ayatnya itu. Dan kerana sepotong ayat itu, terus-menerus saja aku katakan ‘ya’ di gagang telefon.
Tak perlulah aku ceritakan dan hebahkan, kata-katanya itu. Aku pasti, saat membaca, pasti ada di kalangan akhawat yang boleh meneka siapa aku, maka tahulah akhawat apa yang dikatakan ‘seorang sister’ itu. Kerana setiap kali bertemu, kepada sister itu, ucapan terima kasih jadi satu kewajipan.
Bagi yang tidak tahu, sungguh itu tidak penting. Aku di sini bukan untuk mengaut simpati atau mereka cerita untuk lebih ramai penyertaan. Bukan dan tidak sama sekali! Aku di sini, menulis tentang cerita hidup. Kerana itu memang aku. Aku mahu akhawat² tahu, bahawa Allah itu tidak lokek. Bahawa Dia memberi peluang tak kira pada siapa pun. Ilmu agamaku cetek, menjadikan aku berfikiran pendek lantas menyebabkan aku tewas dalam hidup. Dan menjadikan aku menganggap hidup tidak mahu aku gembira. Padahal, Dia telah memberi aku satu peluang lagi untuk aku benar-benar mengenal erti hidup aku, bukan menyalahkan takdir hidup. Dia beri aku jalan, walaupun selama ini aku liat untuk tunaikan hak-Nya.
Entah apa aku membebel.
Tapi, aku sudah tersenyum. Hari ini.
Apa kaitan cerita dengan PMS tahun ini? Tak ada apa-apa. Cuma PMS tahun lepas adalah titik pusingku. Boleh jadi PMS tahun ini titik pusing kamu?
p/s : tahun lepas, saya dpt kawan dari
7 :32 pagi , November 13, 2008.
Assalamualaikum wbt,
Untuk pengetahuan semua, PMS '07 ataupun Winter Retreat 2007 yang diadakan di Chichilliane, Grenoble merupakan suatu program bersifat kerohanian yang julung-julung kalinya di France. Bertujuan mengumpul dan mengeratkan silaturrahim di antara sisters France sekaligus memperbaiki diri dengan pelbagai slot pengisian, nasyid, riadhah, game dan sebagainya. Penyertaan bagaimanapun tidak sahaja terhad untuk sisters di France, malah kedatangan sisters dari seluruh pelosok dunia adalah dialu-alukan.
Tema bagi PMS '07 yang lalu adalah Control Shift and Enter (CSE). Control Your Whimps as in " Say NO to al-Hawa", Shift Your Paradigm as in "Islam is MY way of life" and Enter A New Beginning as in "Let us be a TRUE muslim now"
Mari kita dengar apa kata sisters yang pernah mengikuti program ini, as merekalah orang yang paling layak men'judge' PMS yang telah lepas;
1) Adakah PMS first program seumpamanya yg di join?
Anis: Ya.
Farah : Yup, PMS 07 was my first program. Lepas tu barulah kenal usrah...:)
Aishah : Yes.
Sha: Ha'ah.
Ama: Yup, alhamdulillah after that dapat join sume program lain
2) Macam mana boleh ter"join" PMS nih?
Anis: Ajakan dari kakak2 yg x putus asa. (ajak smpai saat t'akhir..huhu)
Farah : Kalau tak silap, ada sorg kakak yang bgtau. Lepas tu my dear friend and I decide nak pergi sebab nak jumpa student2 perempuan lain kat France. Ramai rupanya!!!
Aishah: Ama yg ajak sbb dia ada dpt email from Ana pasal PMS.
Sha : Ada kakak bagitau member. Pastu member tu ajak pegi. Niat memula pun sbb nak kenal org je. Hehe.. (maklumlah baru sampai france masa tu)
Ama: Erm..ada sisters ajak, mula2 berat jugak, tp dah diajak one by one takkan nak tolak pulak kan..hehe..tapi alhamdulillah PMS sgt best. Thanx sis!
3) Apa expectation dan sangkaan sebelum pegi PMS 07 nih?
Anis: Program agama. Pastu, msti ssh nk masuk ngan semua org sbb x knal langsung. (tue yg mls nk pegi nie). msti program dier pack n t'kejar2 masa. (x suka cmtue, cm skola plak)
Farah: Dapat jumpa ramaiiii kawan perempuan...
Aishah: Bila dpt tentatif, baru tau dat PMS cm prog agama. tapi truly, before pegi, mmg xde expectation pape.
Sha: Takut..sbb tau program agama. hehe.. Tapi taknak takutkan diri, so niat nak dapat ilmu je. Tak takut gak sebab pegi ramai masa tu ngan member2.
Ama: Sebagai santapan rohani sahaja.
4) Apa yang menarik dan best?
Anis: Bila dah pegi, baru tau, hampir 80% expectation sy salah. saya rasa semua menarik. dari A smpai Z. Especially, dpt rmai sgt kwn2 baru yg baik2, bkn shj dr
Farah: Kehidupan yang tak sampai seminggu bersama sisters and Islam.
Aishah: Of course ISK dan aktiviti2 lain. di samping gite yg best (snow, pemandangan etc).
Sha: Byk belajar benda baru terutamanya tentang sejarah Islam or ISK. Memang kat tempat lain tak boleh nak dapat cerita ini. So itu yang paling best. Satu lagi, ukhuwwah fillah abadan abada. Kalau bukan sebab PMS, tak tau la macam mana nak kenal sesama sisters kat France nih.
5) Apa yang "kureng"?
Anis : Apa yg kurg?? x ingt dah. tp, rasanyer, ssh nk cr kekurangan. huhu...
Farah : Aktiviti and all ok sgt2, cuma kadang2 time pengisian jadi ngantuk pulak..
Aishah: Rasenye xde ape yg kurang. Pengisian mmg sgt menarik. Food pun b'lebih2. hehe. Mmg tade pape yg kurang.
Sha: Part ni susah nak jawab la. Macam takde je. Tapi tak logik plak kan. Susah nak bangun pagi masa tu. Sebab aktiviti sampai malam kan. Sampai terkunci dua kali dalam bilik sebab roommate ingatkan sume dah turun..isk3x
Ama: Jadual sume ok..cuma qiam malam selepas aktiviti luar agak kurang sesuai..liat sket..
Anis : Byk sgt sgt! rasa x rugi wlau sesaat pun ader kt program tue. Syukur Allah tnjuk jln kt saya utk pegi. P'kara yg x boleh sy lupa: ukhuwah sesama akhawat, kemudahan yg Allah berikan pada hmba-Nya jika m'cari ilmu agama yg di redhai(sbb kitorg dpt hotel free mlm sblum smpai Grenoble. kitorg spttnyer tdo kt gare mlm tue), sst ttng Islam yg ssh nk di dpti kt kelas2 agama yg lain n byk lagi kenangan manis yg sukar nk di gmbrkn dgn kata2. =)
Farah: "Ukhuwwah"
Aishah: Kesedaran tentang 'di mana Islam sekarang' and menambahkan amalan2 seharian (tnt, al-ma'thurat etc). Selain tu, blh kenal sisters dr serata France n Europe.
Sha: Banyak belajar benda baru terutamanya tentang sejarah Islam or ISK. Memang kat tempat lain tak boleh nak dpt cerita ni. So tu yang paling best. Satu lagi, ukhuwah fillah abadan abada. Kalau bukan sebab PMS, tak tau la macam mana nak kenal sesama sisters kat france nih.
Ama: Selain ukhuwah, baru nampak sejarah Islam dengan jelas dan sedar peranan masing-masing untuk naikkan balik Islam
7) Kalau boleh describe PMS 07 dalam 3 perkataan,apa agaknye?
Anis : Ukhuwah, islam, kejayaan.
Farah: Ukhuwah, ukhuwah dan ukhuwah!!
Aishah: Menyentuh dan membuka hati
Sha: PMS-Pertemuan Mengukuhkan Silaturrahim
Ama: Seronok! Mesra! Nak lagi! Oupss..terlebih perkataan la pulak..huhu..
Bismillahirrahmanirrahim..
Insya-Allah ingin berkongsi sebuah 'memori' tentang PMS France 2007 tahun lepas, daripada seorang akhawat yang menyertai.. ^^
-----------------------------------------------------------------------------------------
23hb..
So, tibalah hr yg dinantikn sume!! Pg yg happy menggulung sushi!! Ahaha, sronok2!! Sambil borak2 kat dapur k.asma' yg sweet tuh.. xsangka lepas tuh masing2 kene jd badang angkut brg2 mkn.. alhamdulillah kehadiaran fan, li n wani byk membantu kami mengangkat brg.. Bile dgr dah rmai yg berkumpul kat gare, lagilah rase x sabar nk jumpe sume.. huhu,alhamdulillah lepas 2-3 kali ulang alik, sume settle.. walaupon lmbat sejam dr waktu yg dijadualkn sbb tunggu ayam, tp alhamdulillah makcik bas tu sporting.. mula2 ingat x friendly sbb muka die garang je.. tp, k.dayah kate die ok.. hehe, sori makcik bas, bersangka buruk plak.. happy bertemu akhawat dr uk Ireland, n lebih2 happy jumpe akhwat dr france sdr.. em xtau nk explain cmner, tp rase die happy+pelik kot sbb sblm ni dok chatting2 je kat ym.. skali dpt jumpe.. haha. .so, lepas taaruf ringkas dlm bas, perjalanan pon bermula. pengisian dlm bas yg bermakna, pemandanga n yg cntik.. tp yg paling best adalah bile dah smpi kat gites tuh..besar n cantik!! Lepas angkat brg, taklimat ringkas, solat jemaah, aktiviti pon bermula..
Ice breaking yg cool oleh k.pia mmg btol2 cool! Time tu pnat gelak jer time main perang2 snowball tuh.. mmg tgk gambar buruk btol time nk protect snowman tuh.. tp ape pn, mmg best la..ice2 kat tmpt tu mmg btol2 da break sbb kitorg dok pijak2.. ice antara kitorg x break sbb x penah wujud.. insyaAllah.. =)
Mlm pulak diisi dgn pengisian oleh ustazah Marhamah.. so sweet.. dgn kad2 n pernyataan "ana uhibbuki fillah insyaAllah" LOVE IS IN THE AIR!!.. mkn jgn ckp la..mmg best!! x sangka sushi yg digulung rmai2 pg td dinikmati sume org.. hehe.. so, bg sume peserta, hr pertama mereka berakhir..
24hb..
Dimulakan dgn berjemaah subuh, kuliah subuh oleh ustazah, n sedikit riadah, pg tu ustazah, k.hanan n k.pia berangkat pulang.. sedih2.. pertemuan yg kejap, tp manis.. alhamdulillah.. hr kedua ni dimulakan dgn pengisian HKM (hakikat kejadian manusia) by HNM (k.najaa) ..ana sedikit x focus sbb ngantok, tp jd segan sdr bile akhawat2 lain bgitu bersemangat membelek al-quran mencari ayat2 yg disbut k.najaa.. n jd insaf sdr bile tgk akak2 lain steady jer..
Hari diteruskn dgn pengisian CONTOL UR WHIMPS oleh k.ina.. time ni ana semangat skit sbb mende baru.. insyaAllah sama2 kite kejar jiwa mutmainnah tu.. tghari tu delegasi dr dublin tiba.. alhamdulillah makin ramai.. Pada sesi ptg, skill melukis msg2 diuji bila k.zati minta kitorang lukis muka partner msg2.. ahahaha.. sronok2!! lg2 time mencari siapakah org yg dimaksudnkn dr lukisan2 yg dilukis oleh pelukis separuh professional tu.. hehe.. mlm pula diisi dgn SHIFT UR PARADIGME by k.Hajar.. mengetahui hakikat sbnr jahiliyyah, iaitu suma yg bukan islam.. em, dpt ke kita kikis jahiliyyah dlm diri ni? insya-Allah same2 kita bemujahadah. .sesi bengkel skali lg membuat ana tersentak.. dlm hati terdetik.. "subhanaAllah, mampu ke jd mcm akhawat Dublin?" hurm, insyaAllah.. mmg kehadiran akhawat Dublin byk membantu. Alhamdulillah..
25hb..
(Pagi before explorace, ada sesi ENTER A NEW BEGINNING yg diconduct oleh k.najaa..)
OUTDOOR ACTIVITY!!! Haha, hr yg ditunggu2!! Pencarian jln utk explorace n station ski oleh AJK2 outdoor mmg x sia2 bile setiap peserta happy berexplorace, berski n ber racquette (main luge juga..^^). Bg kebanyakn peserta, ni merupakan pengalaman pertama mereka ber racquette n ber ski.. alhamdulillah sume nye happy.. walaupon terpaksa berjln agak jauh. Tp x rase jauh kot sbb sume sibuk ambil gambar. xpe2..yg penting sume happy.. Alhamdulillah.
Mlm tu rupe2nye org dapur dah sediakan hidangan istimewa!! PUDING ROTI!! Er, tp istimewa sbb pudding roti ni merupakan kek hari jadi k.zati yg jatuh pd hr tu!! Sweeeet!! X sangka dpt wat something utk meraikan hr bersejarah tu.. n x sangka dpt mkn pudding roti yg best! Lagu `selamat hari lahir' by saujana pon berkumandang.. tp k.zati rileks jer.. klo ana mesti dah bergenang terharu.. adoi, salute la k.zati!! ape pon, thanx org dapur!! so, mlm tu x wat aktiviti berat pon.. sbb masing2 keletihan, so, mlm tu sume peserta menonton cerita `The Message' tp, ana rase ana sorg jer kot yg keletihan smpi x sedar berdengkur kat meja.. org lain begitu semangat menonton smpi ade yg sedikit kecewa bile x dpt tgk cite tu smpi habis sbb dah lewat… haih, kuat btol peserta2 tu.. ana dah syahid dulu dah..
26hb..
ISK (Ini Sejarah Kita) DAY!! Hari yg ditunggu2 oleh sume.. hr ni suasana berubah sikit.. x dok atas kerusi dah.. masing2 bwak kuar sleeping beg n dijadikan alas utk duduk beramai2.. sronok!! rase lebih mesra.. sesi ISK diberi oleh k.hajar, k.radz n k.najaa sdr.. n mmg sume peserta semangat n puas hati!! Ana yg dgr kali ke-2 ni pon beri tumpuan yg sepenuhnya sbb best.. bile toleh kiri, toleh kanan, graf ISK tu di merata2.. hehe.. n insyaAllah ISK tu membuka mata kami2 ni.. selapas mkn n solat, setiap group pon mula berlatih utk MALAM APRESIASI SENI.. huuhu, walaupon waktu utk berlatih sgt pendek, tp, persembahan tiap2 kumpulan mlm tu mcm dah berlatih lama..kreatif!! alhamdulillah sronok.. smpi skrg x dpt lupa aksi farah n ama.. rap group k.asma, sajak2 n nyanyian k.zati n k.radz yg dimulakan dgn menahan gelak, slide show from group atikah n group kitorg sdr yg bincang plot mase tgh wat persembahan.. ahaha, mlm tu, bakat2 paserta sume mmg terserlah.. x lupa lakonan mantap dr para juri!! Hehe, 1st time kot tgk k.najaa n k.ina berlakon.. bersama k.mis n k.dian yg mmg real!
Mlm tu di akhiri dgn resolusi bersama.. insyaAllah diamalkn oleh sume skrg ni..
27hb..
Em, hari pulang.. sedih nk berpisah.. lpas qiam jamaa'i n solat subuh berjemaah.. msing2 trun bergotong royong kemas n bersihkan gites.. slps memasukkn beg, peserta sume berkumpul semula.. hajat utk menonton movie pms x kesampaian sbb ade masalah teknikal.. tp, rasenye kenangan2 manis tu sume dah terpahat kat hati masing2.. sesi salam2 yg syahdu.. em, sedih rasenye nk berpisah.. utk akhawat yg duduk sorang, syahdunya lg terasa kot.. xpe, nnt kite jumpe lg insyaAllah.. apa pon, pms france ni merupakan pms 1st ana yg insyaAllah akan terpahat selalu dlm hati ni.. smoga ukhwah yg dibina kekal selamanya dan ilmu yg diperoleh dimanfaatkn dan sama2 kita bermujahadah insyaAllah..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa Kami?
- PMS France 2008
- We're some malaysian students in France who are searching for mardhotillah..
Hubungi Kami
pmsfr2008@gmail.com
Best tak PMS France 2008?
Sembang² PMS
Tags
- info (5)
- PMS France 2007 (4)
- promosi (3)
Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.
Al-Jumuah:10
Jaulah IT
Jika terlepas pandang..
- mars 2009 (1)
- janvier 2009 (4)
- décembre 2008 (5)
- novembre 2008 (7)
- octobre 2008 (2)