Pengenalan..  

Posted by PMS France 2008 in

Assalamualaikum..

Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah"
(Surah al-A'raf (7), ayat 179)

Insya-Allah segala yang berkaitan tentang PMS France 2008 akan diumumkan di sini.


Untuk pengetahuan semua, PMS adalah ringkasan kepada Perhimpunan Musim Sejuk, yang dijadikan sebagai medan untuk pelajar-pelajar muslim perempuan di Perancis berkumpul beramai-ramai, bukan hanya untuk mengeratkan ukhuwah, tetapi juga untuk mencari ilmu berkaitan dengan agama dan kehidupan sebagai seorang muslim dan pelajar di luar negara, terutama di Perancis.

Seperti tahun lepas, PMS pada tahun ini akan diisi dengan pelbagai slot menarik, termasuk pengisian dalaman, aktiviti luar, riadhah, dan sebagainya. Insya-Allah blog ini akan digunakan sebaiknya untuk memberi maklumat-maklumat terkini berkaitan program kita ini.

Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar sendiri, tidak terikat dengan mana-mana persatuan atau kelab di sini.

Marilah beramai-ramai memeriahkan PMS France 2008~!! ^^

Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada pmsfr2008@gmail.com

Team PMS France 2008

This entry was posted on dimanche 19 octobre 2008 at dimanche, octobre 19, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

Anonyme  

wah dah tuka kulit ^^

22/10/2008 18:52

semoga kulit yang baru memberi lebih semangat utk join PMS ni.. ^^

29/10/2008 08:42

Enregistrer un commentaire